Poliklinik Bio-Sucinas dibuka pada 28hb Februari 2000 dengan beralamat di
No. 2 Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor. Ianya terletak di dalam lingkungan pembangunan Iskandar .
BIO-SUCINAS adalah gabungan daripada ertikata iaitu
BIO : Sesuatu yang berkaitan tentang kajian kehidupan.
SUCI : Bersih
NAS : Ayat al-Quran atau hadis yang dipakai sebagai pegangan dalam hukum syarak.
BIO : Sesuatu yang berkaitan tentang kajian kehidupan.
SUCI : Bersih
NAS : Ayat al-Quran atau hadis yang dipakai sebagai pegangan dalam hukum syarak.
BIO-SUCINAS secara amnya bermaksud kehidupan yang suci , bersih dari segi fizikal dan spiritual dengan berlandaskan pegangan kitab suci Al-Quran dan hadis.
Semenjak penubuhannya, Poliklinik ini telah dikunjungi oleh pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat . Poliklinik Bio-Sucinas juga merupakan panel kepada beberapa syarikat dan institusi kewangan. Polikilinik Bio-sucinas juga telah dilantik sebagai klinik panel pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji Malaysia.
Doktor Poliklinik ini juga telah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Poliklinik yang dibuka hampir 15 jam sehari ini, bukan hanya menjadi tumpuan warga kota Johor Bahru sahaja, malah ia juga menjadi tumpuan warga luar terutamanya pesakit-pesakit daripada Singapura dan Kepulauan Batam, Indonesia.
Berpegang kepada prinsip "KESIHATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI", Polikilinik ini akan terus memberikan perkhidmatannya yang terbaik dan memberi sumbangan masyarakat secara umumnya, kerana kami percaya anda adalah keutamaan kami.